Sunday 2 January 2011

Majlis Pelancaran Private Myvi Club Terengganu

Tanggal 31 Disember 2010 , berlangsunglah satu Majlis Pelancaran Rasmi Private Myvi Club Terengganu bertempat di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu. Majlis dihadiri hampir 40 orang ahli dan disertai ahli keluarga masing-masing. Majlis bermula sekitar jam 9.00 malam dimulai dengan bacaan doa dari Ustaz Mohd Zikri selaku Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Agama PMC Terengganu


Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan dan seterusnya merasmikan Pelancaran Rasmi Kelab Myvi Club Terengganu oleh En Ahmad Badrie bin Hashim.


Sementara menunggu count down bagi menyambut Tahun Baru 2011, majlis diteruskan dengan jamuan makan malam yang telah disediakan oleh pihak TER.. pelbagai ragam dan kerenah sepanjang majlis ini berlangsung.. kegembiraan dalam menjayakan majlis yang julung2 kalinya diadakan dirasai oleh setiap orang ahli.. 


 Pulut kuning ini menjadi saksi segala-galanya...


Barisan pemimpin PMC Terengganu... Moga barisan pimpinan akan membawa satu perubahan dan semangat yang waja bagi dicontohi oleh kelab yang lain....


Di saat ini lah, segala-galanya bermula... iaitu upacara memperlihatkan banner baru ahli kelab PMC Terengganu.


satu....dua....tiga....


tara.............


suasana romantis sepanjang majlis....


senyuman puas terpancar di wajah masing-masing...



ahli keluarga juga turut sama-sama merasainya....



PRIVATE MYVI CLUB TERENGGANU
We Trust The Name


No comments:

Post a Comment