Saturday 15 January 2011

Mesyuarat Agung Kali Pertama

Sebelum mana-mana pertubuhan menjalankan aktiviti tahunan, pasti ada mesyuarat bukan... macam tu juga dengan PMC Terengganu yang terdiri dari 8 orang presiden yang sama-sama merancang untuk aktiviti tahunan PMC Terengganu... wah...mesti ramai yang tergamam, 8 presiden untuk 1 kelab....hihihi... yang sebenarnya mereka-mereka ini adalah otai-otai lama yang menubuhkan PMC Terengganu ini...

Mereka adalah Bad, Achik, Ustaz, Semie, Shah, One Spider, Eddie dan juga Yoe... Nak kenal mereka dengan lebih dekat, kenalah join kelab ni dulu...hehehehe.... bak kata pepatah...tak kenal maka tak cinta tapi semua dah berpunya yer...... harap maklum.....=)

apa la yang Yoe tak puas hati dengan ustaz tu... lagak agay macam tak puas hati jer... tp mesti lakonan jer tu sebab kelab ni dah macm satu keluarga... cubit peha kiri, peha kanan teras...betul tak....










Diharap dengan tertubuhnya kelab PMC Terengganu ini , akan ramaila belia2 kita yang dapat melapangkan masa melakukan aktiviti yang berfaedah dan yang penting perlulah join kelab kalau nak tahu aktiviti apa yang akan mereka laksanakan nanti....

tunggu........................

Private Myvi Club Terengganu
We Trust The Name

Sunday 2 January 2011

Majlis Pelancaran Private Myvi Club Terengganu

Tanggal 31 Disember 2010 , berlangsunglah satu Majlis Pelancaran Rasmi Private Myvi Club Terengganu bertempat di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu. Majlis dihadiri hampir 40 orang ahli dan disertai ahli keluarga masing-masing. Majlis bermula sekitar jam 9.00 malam dimulai dengan bacaan doa dari Ustaz Mohd Zikri selaku Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Agama PMC Terengganu


Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan dan seterusnya merasmikan Pelancaran Rasmi Kelab Myvi Club Terengganu oleh En Ahmad Badrie bin Hashim.


Sementara menunggu count down bagi menyambut Tahun Baru 2011, majlis diteruskan dengan jamuan makan malam yang telah disediakan oleh pihak TER.. pelbagai ragam dan kerenah sepanjang majlis ini berlangsung.. kegembiraan dalam menjayakan majlis yang julung2 kalinya diadakan dirasai oleh setiap orang ahli.. 


 Pulut kuning ini menjadi saksi segala-galanya...


Barisan pemimpin PMC Terengganu... Moga barisan pimpinan akan membawa satu perubahan dan semangat yang waja bagi dicontohi oleh kelab yang lain....


Di saat ini lah, segala-galanya bermula... iaitu upacara memperlihatkan banner baru ahli kelab PMC Terengganu.


satu....dua....tiga....


tara.............


suasana romantis sepanjang majlis....


senyuman puas terpancar di wajah masing-masing...



ahli keluarga juga turut sama-sama merasainya....



PRIVATE MYVI CLUB TERENGGANU
We Trust The Name